Thursday 24 December 2015

Cerpen Cintaa

Assalamualaikum......
Korang try baca ni.. Masa baca,, jangan lupa sediakan tisu tau.. hehe ;)
Tajuk: Cinta Sampai Syurga PART I
Dia duduk menghadap laptop di hadapannya.
Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen–ceramah bersama Dato Masyitah.
Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu  solat.
Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan.
“abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.”
Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap.
Tersentak sebenarnya.
Mana pernah solat. Nak jadi imam?
Huh, lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah.
Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang.
Cari yang stok tudung labuh pulak tu.
Okay, salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh.
Okay, salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay, salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.
Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku.
Jadinya, abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni.
Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni.
Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni.
Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni.
Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila.
Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.
“abang dengar tak?” Macam cakap dengan laptop tu je.
“hm, saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar.
Huh, surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya.
"saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata.
Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak.
Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau?
“abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik!
“abang..?” Aiman tersedar.
“jom.” Kunci kereta di atas meja di capai.
“saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu.
Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.”
Aiman hanya mengangguk.
Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.
Aiman dah tak tentu arah.
Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa. Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni.
“abang, surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu.
Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin.
Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta.
Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh, mana bawak kopiah ke? Songkok ke?
“err, Ira..”
Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar.
“ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?”
Syahirah senyum.
“jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.”
Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama.
“jom.” Ajak Syahirah.
“hmm.”
Enjin kereta di matikan.
Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen.
Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat.
“solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.”
Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi.
Ter-baca:
  – “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.”
Aku tak adalah baik sangat.
Kenapalah kau kahwin dengan aku.
Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’
Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.
Berubah?
Teringat juga dia amaran abang iparnya.
“aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.”
Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya.
“..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu. aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?”
Aiman hanya mengangguk. Huh, garang!
Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu.
Dia senyum.
Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya.
“cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki.
Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama.
Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah.
“hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman.
“salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!”
Aiman ketawa.
“hm ,Hj. Amran.”
Syahirah pula ketawa.
“salah! Hj. Amran dekat Johor.”
“ha! Tahu..tahu..Syah!”
Syahirah kerut dahi.
“Syah mana?”
“Syahirah.”
Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.
Cepat sungguh si Syahirah ni mesra.
Ingat kan stok yang pendiam.
Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’.
“abang buat apa?”
“tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..”
“tanya apa?”
“er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?”
“sebab Allah.”
Aiman diam sebentar.
“tak faham.”
“saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.”
Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi.
Sebak tiba-tiba.
Tajuk: Cinta Sampai Syurga PART II
Seminggu berlalu….
“Abang, saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu.
Terkejut juga Aiman.
Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak.
Hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak.
Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya.
“lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!”
Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman.
“macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu.
Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa.
“tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”
“maaf ya abang..”
Aiman senyum. “tak apa.”
Aiman keluar dari dapur.
Syahirah rasa bersalah.
Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je.
Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop.
“abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?”
“belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening.
Syahirah senyum.
“huish masin.” Komen Syahirah.
Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu.
“abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi.
Aiman rasa dan ketawa.
“okay lah ni. ha, awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula.
“okay apa..”
“is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.”
“boleh ke macam itu?”
“boleh je.”
“okay..”
“dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.
Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya?
Huh, sejak bila jadi geng surau ni?
Syahirah senyum.
Dah ada perubahanlah abah!
"ustaz.”
Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu.
Ustaz itu menoleh.
“ya?”
“saya nak…”
“nak apa?”
Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan.
“anak nak apa?”
“saya nak belajar agama.” Terluah juga.
Ustaz itu senyum.
“mari.”
Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau.
Lama dia menunggu Aiman di kereta.
Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur.
“ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu.
Syahirah hanya senyum dan mengangguk.
“baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.”
Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa diberi.
“Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.”
kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam.
“Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.”
“terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman.
“baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak.
Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi.
“lamanya abang pergi..”
Aiman tersedar.
“hmm, seminggu je.”
Ya, dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.
Rasanya dia perlu berubah.
Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya.
Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami.
Sampai bila dia nak terus hipokrit mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa.
Sudah tiba waktunya dia berubah.!
“seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah.
“pejam celik- pejam celik sekejap je tu..”
“kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu.
Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah.
“apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ.
Syahirah ketawa halus.
“gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.”
Aiman diam.
“tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.”
Isterinya tarik muncung.
“tak mau lah, nanti kurang pahala.”
Tajuk: CINTA SAMPAI SYURGA PART III
Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu.
Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat.
Ya Allah… banyaknya dosa hamba.
Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya.
Salam berbalas.
“awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu.
Syahirah bersuara riang.
“Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ”
Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri.
Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu.
Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung.
Mereka bersalaman.
“Assalammualaikum, awak.” Sapa Aiman.
“waalaikumsalam, abang.” Nada ceria.
Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).
Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan.
Sangat tenang!
Aiman perasan isterinya memerhatikannya.
“er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak.
“eh, tak.. abang nampak lain.”
“apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya.
“oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya.
“jom masuk.”
Mereka beriringan ke ruang tamu.
Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu.
Kemas dan bersih.
Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa.
Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang.
“abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya.
Aiman menyambut. “thanks.”
“abang, nak tahu tak?” dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu.
“hmm?” Aiman merenung Syahirah.
Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak.
“ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman.
“oh, apa benda tu?”
“apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.”
“oh..” gelas di letak di atas meja.
“kenapa dengan cerita tu?”
“best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel!
Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?”
“lagu.”
Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?”
Sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia.
“best jugak tapi sedih.”
“kenapa?”
“entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?”
“lagu apa?”
“tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.
Aiman hanya memerhati.
“ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman.
“hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.”.
Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu.
– Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu –
“saya baru download tadi..” Syahirah senyum.
Aiman turut senyum.
Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang.
Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini
“Abang kita jadikan lagu kita nak?”
Aiman diam seketika.
Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar.
Tak tahu kenapa.
“hmmm.”
– Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan –
Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu.
Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya.
Khusyuk melayan lagu.
– Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya…
Aiman tersentak apabila terdengar azan.
Pantas dia menarik earphone itu.
Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur.
“eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi.
“awak…bangun. Dah azan Asar ni..”
Syahirah bangun dengan mengosok matanya.
“abang saya ABC la. Abang solat lah..”
Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni.
“awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.”
Syahirah memandang Aiman.
“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.”
Aiman teragak-agak.
“oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.”
Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik.
“abang.”
Langkah Aiman mati. Dia menoleh.
“doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan.
“sure.”
“abang, saya nak cari buku masak..”
Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi.
“..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.”
Kata Syahirah lagi dan terus berlalu.
Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran.
Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.
“ada boleh saya bantu encik?”
“hm, ada tafsir tak? Hmm..tafsir Al-Quran?”
“maaf encik tiada stok.”
Aiman senyum paksa.
“okay. Thanks.”
Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni.
Tiba-tiba, Syahirah datang.
“ abang tak beli apa-apa?”
“tak. Awak dah jumpa buku?”
Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman.
“tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?”
“okay.”
Aiman membayar buku itu.
Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik.
“wah, romantiknya mereka!”
“tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!”
“mana kau tahu baik?”
“tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.”
“oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.”
“sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan”
“superb! Romantic!”
“kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
“betul-betul.”
Tajuk : CINTA SAMPAI SYURGA PART IV
“Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya.
Aiman hanya tunduk.
Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri.
Dia tak banyak cakap.
Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting.
“kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman.
“abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..”
Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?”
“Abah..”
“dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni!“ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu.
“abah, saya tak da duit banyak tu.”
“abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu.
Terduduk Aiman.
Ya Allah…
Tiba-tiba telefon Aiman berbunyi.
Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon.
“Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab.
“waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!”
“er, kenapa along?”
“kau balik je!”
Tersentap Aiman tatkala talian di matikan.
Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas.
Ada apa ya?
Aiman mengambil briefcasenya.
Satu satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu.
Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah.
Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah.
Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia.
“Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah.
“eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah.
“Assalammualaikum.”
“hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya.
Aiman menarik kembali tangannya.
“kenapa along?”
“aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar.
Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata.
“..ta..tapi kenapa?”
“kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar.
“along tak boleh buat macam ni..”
“apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.”
“along, kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman.
“kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.
Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya.
“saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!”
“hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi.
Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula.
Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat!
“abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman.
“saya izin..” sebak.
“..saya izinkan awak balik.”
Terus Syahir menarik adiknya keluar.
Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam.
“abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya.
Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…
Aiman baru selesai solat Maghrib.
Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi.
Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je.
Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi.
Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil.
Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu.
“awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi.
“Ira..awak..”
“sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap.
“saya buat macam ni agar awak senang…”
“tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.”
“awak tak faham..” sayu Aiman jawab.
Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.”
Aiman senyap.
“abang,tolonglah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.”
Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak.
“abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..”
“sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah….
“abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..”
Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja.
“cuba abang baca..”
"Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)
Aiman beristigfar.
Mata di pejamkan seketika.
“sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga.
“abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.”
“tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.”
“abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…”
Aiman hanya diam.
“istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi.
Talian di matikan.
Aiman menarik nafasnya.
YA ALLAH…
Tangannya menyelak muka surat pertama.
Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya….
Terkedu Aiman.
Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya.
Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu.
Memang perit sangat dia rasa.
Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya.
Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan.
Tapi itu dulu… sekarang lain…
Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Aiman membaca message itu dan senyum.
Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms).
Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman
Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman senyum membaca message itu.
insyaALLAH. – Aiman
“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran.
“waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau.
“abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata.
“Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.”
“terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan.
Syukur, abinya seorang yang memahami.
Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air.
Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat.
Matanya tertala pada email versi video itu.
“kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu.”
Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu.
Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Astarfiruallahalazim.
Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi.
Haji Amran hanya senyum melihat mereka.
“abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah.
Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah.
“shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan.
Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya.
“jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran.
“terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap.
Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul, Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu.
Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini.
“kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah.
“Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.”
“saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah.
Aiman yang tengah memandu itu senyum.
“saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang.
“Ira…” panggil Aiman.
“ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap.
“thanks.”
“thanks untuk apa?”
“sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil.
“bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.”
“tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum.
“saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu.
“thanks lagi sekali.”
Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?”
“settlekan bil-bil syarikat tu..”
“kita suami isteri kene saling membantu.”
“mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap.
Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along.
Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya.
Biarlah, hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini.
Aiman memandang Syahirah sekilas.
“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu.
“hm, rezeki Allah.”
“dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut.
“abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu.
Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan.
Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa.
Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi.
Aiman terus menerpa ke arahnya.
“awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum.
“biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.”
“kita pergi klinik.” Syahirah dah pening.
“tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.”
“no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat.
“abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah.
Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah.
Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu.
Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja.
“abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya.
“..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi.
“abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan.
“hmm, kenapa sayang?”
“abang, jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah.
“dah pukul berapa?”
“hmm, 4.30 pagi.”
“jom.” Ajak Aiman.
Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu.
“..sayang ambil wudhuk dulu..”
“okay.”
Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman.
“mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi.
Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air.
Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah.
“abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat.
“..halalkan semua makan minum.”
Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya.
“abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium.
“Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum.
“hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng.
“boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk.
“oklah. Nanti abang belikan sarapan.”
“okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum.
“sayang awak juga.”
Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau.
Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak.
Aiman keluar dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!!
Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah.
Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur.
Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya.
“Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau.
Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.
Tajuk : CINTA SAMPAI SYURGA PART V
Aiman terpisat-pisat bangun.
Kepalanya seakan sakit.
Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah.
Matanya beralih ke kiri. Ya Allah.
“sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu.
“ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya.
“bukan saya.”
“dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari.
“bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu.
“Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan.
“kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara.
“bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya.
“abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman.
“Sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta.
“bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..”
“cepat bawa dia!” arah alongnya.
Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah………
Haji Amran melawat menantunya di penjara.
“abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum.
“sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..”
“abi, macam mana keadaan Syahirah?”
Haji Amran senyap. Air matanya bergenang. Sebak dadanya.
“abi kenapa dengan isteri saya?”
Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa.
“bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu.
“abi, jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan.
“abi, kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu.
Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu.
Ya Allah, hamba tak kuat…..
“abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja.
“cuba abang baca..”
Rasulullah saw bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)

“Encik, saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu.
Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku.
Aiman membuat solat sunnat.
Selepas itu dia membaca Al-Quran.
‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu.
Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu.
Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN.
“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya.
Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu.
“bebas juga saya abi..” kata Aiman.
“Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.”
Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah.
“abi, jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria.
Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk.
Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah.
Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.
Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?”
“turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran.
Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang.
Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis.
Dia nampak doctor.
Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu.
“maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni.
Aiman menghampiri katil itu.
“barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.”
Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit!
Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut.
Selepas itu, kakinya sangat lemah.
Ya Allah beratnya ujian ni..
“TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu.
“sabar Aiman…bawa mengucap.”
“bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman.
Haji Amran mengusap bahu Aiman.
“dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.
“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu.
Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat!
Kenapa Ya Allah. Syahirah……….
Air mata lelakinya deras mengalir.
lagu apa?”
“tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati.
“ .. haa, nah..”dia menghulurkan earphone pada Aiman.
“hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya.
“..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman.
“ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu.
“Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa.

Hmmm.. kenapa harus begini…..
Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok.
Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke realiti.
Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata.
Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan.
Akhirnya, dia akur.
Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya.
Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya.
Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka.
“Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum.
“ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu.
“nak keluar.”
“pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula.
“hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.”
Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir.
Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk.
Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain.
Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula.
“Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya.
“waalaikumsalam.”
“anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam.
“saya ingat nak tidur sinilah pak cik.”
“oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk.
Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak.
Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya.
“Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah.
“baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je.
“lagi?”
“er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..”
Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan.
Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang.
“Sayang..” Aiman bangun.
Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung.
“sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah.
“jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya.
Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu.
Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu.
“tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar.
“terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.”
Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.
– TAMAT-
Bestkan? Sedihkan? Jangan lupa ambik iktibar dan pengajaran daripada cerita ni..
Sumber: Pendosa Tanpa Noktah
Till then, Assalamualaikum :)

Thursday 17 December 2015

Pentingnya Bersedekah

Assalamualaikum...
Saya rasa, pasal sedekah ni ramai orang da tahu,, tapi still saya nak share kan.. Buat peringatan kat diri sendiri jugakk...

Ingatlah pepatah "tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima" dan " tangan yang di atas lebih baik berbanding tangan yang dibawah"

Mula dari timbulnya persoalan  KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al mu'minun:10)

Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?

Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."

Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

Bersedekahlah untuk saudaramu yg telahpun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.

Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah.

"Kalaulah org yg bersedekah itu mengetahui dgn sebenarnya dan dapat menggambarkan bahawa sedekah itu diletakkan dalam 'tangan Allah' sebelum ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar daripada kelazatan si penerima.- Ibnu Qayyim.

Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

1) amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu- pintu syurga

2) sedekah adalah sebaik baik amalan soleh dan sebaik baik sedekah ialah memberi makan

3) pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4) sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5) sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6) sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7) sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8) sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu daripadanya (hari kiamat)

9) sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10) sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya

11) orang yg bersedekah adalah org yg terbaik dalam kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah untuk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi)

12) pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

13) orang yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

14) sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

15) Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

16) bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

17) sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

18) sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

19) sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

20) pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung - burung

Done! Renung- renungkan lah.... So,  Jom sedekah!

Till then, Assalamualaikum...

Wanita Hari Ini

Assalamualaikum,,,,
Hari ni saya nak kongsikan 13 perkara yang perlu dijaga oleh wanita islam....Korang baca betul- betul eh... Sebelum tu! Saya nak minta maaf dulu sebab post ni sedikit sensitif... Ok.. Tarik nafas,, hembus,,,then baru boleh baca..selamat membaca!

Bismillahirrahmanirrahim.. :)
Yang pertama!

1. BULU KENING
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. KAKI DAN SEMACAM HANTU LOCENG
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. WANGIAN
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita
itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. DADA
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. GIGI
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya .
(Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani)

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. MUKA DAN LEHER
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.

Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. PAKAIAN YANG NIPIS (JARANG)
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja
(Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. TANGAN
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. MATA
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. MULUT(suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak atau sengaja meliuk lentuk(gedik) dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan -perkataan yang baik
(Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. KEMALUAN
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur , Ayat 31.)

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Al Bazzar.)

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. PAKAIAN
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An-Nasaii dan Ibn Majah.)

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu , anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,

13. RAMBUT
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah
saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita.
(Shahih Muslim No.4921)

14.jage ikhtilat yee!!!

Tegur/pesanlah jika anda
sayangkan ibu, isteri, adik,
kakak dan kaum wanita
keluarga anda.

TO ALL PEREMPUAN
Mohon kepada gadis-gadis dan
juga para wanita baca post ni
sampai habis. Saat memandang
kain sempit mu, seluar ketat mu,
baju sendat mu, tudung singkat
mu, solat dan ibadahmu. Aku
ingin sekali menegurmu.

Namun , sering saja terkaku. Rasa tak
mampu. Kerana merasa diri
bukanlah insan yang terbaik
untuk menegur. Jauh di sudut
hati terasa bimbang. Aku
bimbang di akhirat kelak. Kau
akan mempersoalkan aku.

"Kau sahabat aku.Kenapa kau
tak tegur aku dulu?
Kau memang sengaja nak aku
ke neraka kan?
Kau sengaja nak bahagia masuk
syurga sendirian kan?
Aku kurang ilmu agama.
Tapi kau tinggi ilmu agama.
Mana ajaran agama kau tu?
Kenapa kau tak guna untuk
bantu aku? Kau tunggulah di
akhirat kelak.
Aku akan tarik kau masuk
neraka sebab kau tak tegur aku.

Nak minta maaf sangat- sangat jika ada yang terguris hati baca post ni.. Jangan lupa amek moral value! Hehe.. Till then, Assalamualaikum...

Tuesday 15 December 2015

7 Sunah Kebaboom!!

Assalamualaikum....

Very nicely written ..
By Ustaz Don Daniyal
7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

.. Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

.. Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

.. Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

.. Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

.. Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

.. Keenam:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

.. Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..

بارك الله فيكم..

Till then, Assalamualaikum...

Dear kaum hawa,

Assalamualaikum.....

Hai! Saje je nak kongsikan nasihat yang saya dapat..nak tahu tak? Nasihat Terbaik Tentang Kaum Hawa..

S A Y A N G I L A H  W A N I T A
H A R G A I L A H  M E R E K A

M E R E K A  T E L A H
M E L A H I R K A N  P A R A  N A B I

© Perempuan tak bertudung bukanlah jahat tetapi Nabi sudah pesan tak bertudung akan TERSIKSA DI AKHIRAT.

LELAKI TAK SOLAT
TINGGALKAN SAJA
© Perempuan jika ada boyfriend yang tak solat, elok tinggalkan dia. Kahwinlah dengan lelaki soleh yang bimbing ke jannah, bukan ke jahannam.

MINTAK MAAF
SEBELUM TIDUR
© Isteri yang terbaik adalah isteri yang meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur.

DOSA
MENCINTAI AJNABI
© Haram bagi seseorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi (lelaki lain) selain suaminya.

MENAIKKAN
NILAI DIRI SENDIRI
© Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan jaga batasan wanita.

USHALAH SUPAYA JADI YANG TERBAIK
© Wanita yang menutup aurat itu memang belum tentu dijamin syurga tapi sekurang-kurangnya dia berusaha untuk menjadi ahli syurga.

DI PANDANG CANTIK
DISENTUH TAK BOLEH
© Wanita yang menutup aurat dengan sempurna ibarat pelangi yang cantik, indah mata memandang tetapi tidak boleh disentuh.

ISTERI DI DUNIA
DAN DI AKHIRAT
© Isteri solehah sentiasa berhias cantik untuk suaminya. Dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri agung di Jannah.

MARI KITA
MEMBENCI KEMAKSIATAN
© Perempuan yang bertudung tetapi berbuat maksiat jangan dikeji dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya.

BERSALAM
DENGAN SUAMI
© Perempuan yang bersalaman dengan suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jari dia dan suaminya ada.

JADILAH
WANITA SOLEHAH
© Wanita adalah hiasan dunia. Sebaik-baik hiasan adalah wanita Solehah.

HAMILLAH SELALU
© Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.

JADILAH WANITA
YANG CANTIK DAN BAIK
© Wanita yang cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yang baik akan membuka hati lelaki.

GARANG
DAN MANJA
© Perempuan yang garang sebelum kahwin adalah perempuan yang paling manja selepas kahwin.

WANITA YANG
LAKU DI PASARAN
© Wanita yang solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yang soleh. Sebab apa? Sebab wanita yang solehah tinggi permintaannya di pasaran.

JANGANLAH
MINTAK YANG BUKAN-BUKAN
© Perempuan yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga.

BETULGUNA
KECANTIKAN KERANA ALLAH
© Gunakanlah kecantikan hanya untuk suami. Subhanallah.. Walhamdulillah..
Allahu Akbar...

I S T E R I K U
B A K A L  P E N G H U L U
B I D A D A R I  D I  S Y U R G A

Ok..tu je..semoga bermanfaat..till then, Assalamualaikum :)