Assalamualaikum...
Yeay! Seronoknya cuti dapat balik rumah!! semalam baru balik dari asrama...Rindunya... hari ni just nak kongsi pepatah Arab yg boleh kita jadikan sebagai cogan diri..haha :)
ﻣَﻦْ ﺳَﺎﺭَ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺪَّﺭْﺏِ ﻭَﺻَﻞَ-1
Siapa berjalan di atas landasan maka akan sampai.
ﻣَﻦْ ﺟَﺪَّ ﻭَﺟَﺪَ-2
Siapa bersungguh-sungguh dia akan mendapat apa yang diingini.
ﻣَﻦْ ﺻَﺒَﺮَ ﻇَﻔِﺮَ - 3
Siapa yang sabar dia beruntung.
ﻣَﻦْ ﻗَﻞَّ ﺻِﺪْﻗُﻪُ ﻗَﻞَّ ﺻَﺪِﻳْﻘُﻪُ - 4
Siapa sedikit kejujurannya, sedikit temannya.
ﺟَﺎﻟِﺲْ ﺃَﻫْﻞَ ﺍﻟﺼِّﺪْﻕِ ﻭَﺍﻟﻮَﻓَﺎﺀِ - 5
Gaulilah orang yang mempunyai kejujuran dan tepat janji.
ﻣَﻮَﺩَّﺓُ ﺍﻟﺼَّﺪِﻳْﻖِ ﺗَﻈْﻬَﺮُ ﻭَﻗْﺖَ ﺍﻟﻀِّﻴْﻖِ - 6
Cinta pada teman itu, dapat dilihat pada waktu kesempitan.
ﻭَﻣَﺎﺍﻟﻠَّﺬَّﺓُ ﺇِﻻَّ ﺑَﻌْﺪَ ﺍﻟﺘَّﻌَﺐِ - 7
Tidak ada kenikmatan kecuali setelah kepayahan.
ﺍﻟﺼَّﺒْﺮُ ﻳُﻌِﻴْﻦُ ﻋَﻠﻰَ ﻛُﻞِّ ﻋَﻤَﻞٍ - 8
Kesabaran itu menolong setiap pekerjaan.
ﺟَﺮِّﺏْ ﻭَﻻَﺣِﻆْ ﺗَﻜُﻦْ ﻋَﺎﺭِﻓًﺎ - 9
Cuba dan perhatikanlah, nescaya kamu akan menjadi orang berilmu.
ﺍُﻃْﻠُﺐِ ﺍﻟﻌِﻠْﻢَ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻤَﻬْﺪِ ﺇِﻟﻰَ ﺍﻟﻠَّﺤْﺪِ - 10
Tuntutlah ilmu sejak dari buaian hingga liang lahad.
ﺑَﻴْﻀَﺔُ ﺍﻟﻴَﻮْﻡِ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺩَﺟَﺎﺟَﺔِ ﺍﻟﻐَﺪِ - 11
Telur hari ini lebih baik daripada ayam esok hari.
ﺍﻟﻮَﻗْﺖُ ﺃَﺛْﻤَﻦُ ﻣِﻦَ ﺍﻟﺬَّﻫَﺐِ - 12
Waktu itu lebih tajam daripada emas.
ﺍﻟﻌَﻘْﻞُ ﺍﻟﺴَّﻠِﻴْﻢُ ﻓﻲِ ﺍﻟﺠِﺴِْﻢ ﺍﻟﺴَّﻠِﻴْﻢِ - 13
Akal yang sihat itu ada pada badan yang sihat.
ﺧَﻴْﺮُ ﺟَﻠِﻴْﺲٍ ﻓﻲِ ﺍﻟﺰَّﻣَﺎﻥِ ﻛِﺘَﺎﺏٌ - 14
Sebaik-baik teman di setiap waktu adalah buku.
ﻣَﻦْ ﻳَﺰْﺭَﻉْ ﻳَﺤْﺼُﺪْ - 15
Siapa menanam, dia akan menuai.
ﺧَﻴْﺮُ ﺍﻷَﺻْﺤَﺎﺏِ ﻣَﻦْ ﻳَﺪُﻟُّﻚَ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺨَﻴْﺮِ - 16
Sebaik-baik sahabat adalah menunjukkan kepadakebaikan.
ﻟَﻮْﻻَ ﺍﻟﻌِﻠْﻢُ ﻟَﻜَﺎﻥَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱُ ﻛَﺎْﻟﺒَﻬَﺎﺋِﻢِ - 17
Seandainya tidak ada ilmu nescaya manusia itu seperti binatang.
ﺍﻟﻌِﻠْﻢُ ﻓﻲِ ﺍﻟﺼِّﻐَﺮِ ﻛَﺎﻟﻨَّﻘْﺶِ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺤَﺠَﺮِ - 18
Ilmu di waktu kecil itu, laksana ukiran di atas batu.
ﻟَﻦْ ﺗَﺮْﺟِﻊَ ﺍﻷَﻳﺎَّﻡُ ﺍﻟَّﺘﻲِ ﻣَﻀَﺖْ - 19
Hari-hari yang telah berlalu itu tidak akan kembali.
ﺗَﻌَﻠَّﻤَﻦْ ﺻَﻐِﻴْﺮًﺍ ﻭَﺍﻋْﻤَﻞْ ﺑِﻪِ ﻛَﺒِﻴْﺮًﺍ - 20
Belajarlah di waktu kecil dan amalkanlah di waktu besar.
ﺍﻟﻌِﻠْﻢُ ﺑِﻼَ ﻋَﻤَﻞٍ ﻛَﺎﻟﺸَّﺠَﺮِ ﺑِﻼَ ﺛَﻤَﺮٍ - 21
Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah.
ﺍﻻﺗِّﺤَﺎﺩُ ﺃَﺳَﺎﺱُ ﺍﻟﻨَّﺠَﺎﺡِ - 22
Persatuan itu pangkal keberhasilan.
ﻻَ ﺗَﺤْﺘَﻘِﺮْ ﻣِﺴْﻜِﻴْﻨًﺎ ﻭَﻛُﻦْ ﻟَﻪُ ﻣُﻌِﻴْﻨﺎً - 23
Jangan menghina orang miskin tetapi jadilah penolong baginya.
ﺍﻟﺸَّﺮَﻑُ ﺑِﺎﻷَﺩَﺏِ ﻻَ ﺑِﺎﻟﻨَّﺴَﺐِ - 24
Kemuliaan itu kerana kebaikan budi pekerti bukan keturunan.
ﺳَﻼَﻣَﺔُ ﺍﻹِﻧْﺴَﺎﻥِ ﻓﻲِ ﺣِﻔْﻆِ ﺍﻟﻠِّﺴَان - 25
Keselamatan manusia itu adalah menjaga lidah.
ﺁﺩَﺍﺏُ ﺍﻟﻤَﺮْﺀِ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺫَﻫَﺒِﻪِ - 26
Kebaikan budi pekerti seseorang itu lebih baik dari pada emasnya.
Ok! Till then! Assalamualaikum...
perkongsian pepetah arab yang baik...terima kasih kerana berkongsi ilmu
ReplyDeletejom sertai #exchangefeedgroup
ReplyDeletebukan sembang kosong