Thursday 19 March 2015

Segmen Kad Cinta#2

Assalamualaikum....

Jom join segmen ni.. :)
Simple je syarat dia..
Kepada penganjur : terima kasih sebab jemput untuk join segmen ni...

Tamat : 1/4/15 (12tengah malam)

Hadiah : 20 x post card cinta

Jom sama-sama meriahkan segmen ni!
Jumpa lagi bulan depan..Assalamualaikum...

Tuesday 17 March 2015

Review: Novel Tarbiah: Relasi - Hilal Asyraf


Assalamualaikum...!!

Korang pernah baca buku Hilal Asyraf tak? Mesti pernah kan? Semua best-best kan? Salah satunya novel dia yang tajuknya Relasi,Mencari Sahabat Sejati... Kalau yang belum pernah baca,,korang try cari kat kedai buku...Insyaallah ada...RM 15 je...Buku ni menarik dan banyak pengajaran :) 


Korang nengok dia punya cover memang biasa2 je tapi....dalamnya best sangat.......
Masa first2 kakak Teha beli,,Teha tak tertarik langsung nak baca buku tu sebab nengok cover dia biasa2 je...Lepas tu,,satu hari ni,,Teha rasa nak baca novel,,so terjumpa buku ni..Hmmm...Lepas tu bila Teha start baca,,,,susah nak berhenti....
Tu lah,, lain kali 'don't judge the book by its cover' .... *haha :) lesson for me*

Image result for relasi hilal asyraf


Watak utama dia Saifullah Al Maslul...
Dia banyak hadapi dugaan dan cabaran..tapi dia tetap sabar......Nanti dia ada jatuh hati kat seorang perempuan ni....Dia jumpa kat bas.....Diorang tak kenal pon antara satu sama lain...Padahal diorang satu sekolah..Tapi Saifullah just simpan je rasa tu....Ha! Part ni pon best jugak...Korang baca sendiri ye....haha :)

Nanti masa korang baca,,korang akan tahu hubungan watak2 yg ada dalam tuh...Seronok tau!
Nak cerita macam mane ek? Hmm...Yg penting buku ni cerita pasal sahabat lah...hehe :) Nengok tajuk pon dah taw tu cerita pasal sahabat.....Plus! Last part dia paling Teha suka sebab banyak babak berdebar dengan sedih kat situ...
Teha nangis baca buku tuh..Tak tahu la sebab sedih sangat atau Teha yang gembeng sangat....
Teha tak nak cerita semua nanti jadi spoiler pulak...Tapi buku ni serious best! haha :)
Try lah baca!

Ok! Till then.. Assalamualaikum..

Saturday 14 March 2015

SEGMEN MARI "TINGKATKAN FOLLOWER BLOG"

Assalamualaikum...

Sekian lama Teha tak join apa2 segmen,,hari ni! 
Mood tengah rajin so Teha join segmen ni....

Jom join join boleh tambahkan follower korang..

Syarat-syarat penyertaan mudah jer...:

1.Follow blog bonde :  http://kumahuitu.blogspot.com

2.Follow IG bonde : zaidalifah aisheteru ( kalau yg dah follow tu, terima kasih banyak saja suka-suka, cuci mata )

3.Buat entri yang bertajuk:  SEGMEN MARI "TINGKATKAN FOLLOWER BLOG"

4.Copy banner di atas dan backlink ke entri ini semula

5.Jangan lupa copy n paste url link di ruangan komen entri ini sahaja

6.komen disitu anda follower ke berapa ___ ? sekarang follower kumahuitu ade 928 bagi yg baru follow boleh mention yg ke berapa _____dan yg dah lama follow pon boleh join juga.. just mention dah follow..

Ada 10 hadiah untuk anda ikhlas dari Bonde, bagi follower yg terpilih secara random.
8 bookmark
2 top up bernilai RM 5 
( Maxis Rm 5 / Celcom RM 5

TARIKH SEGMEN MULA : 4/3/2015
TARIKH TAMAT SEGMEN : 31/3/2015

Note kepada penganjur: Teha tak dok instagram... :)

Sharing Is Caring

Assalamualaikum,,, :)

Ok! Hari ni just nak kongsikan beberapa tips kat korang!

1. Nak Allah hantar tujuh puluh ribu malaikat kat korang tak? 
Kalau nak,,,baca:
# A'udzu billahis sami'il alim minasyaitanir rajim
# 3 ayat terakhir Surah Al -Hasyr sebanyak 3x
Baca setiap kali bangun tidur taw! :) kalau kte meninggal masa hari yang kita buat benda ni,,mati akan dikira mati syahid! Insyaallah.... :)


2. The strong man is not the one who can overpower others. Rather, the strong man is the one who can controls himself when he gets angry.. :)

3. Petua nak elakkan badan berbau..ni dari Ustaz Kazim Elias...
# Jangan makan makanan yg berbau macam bawang,kucai dan lain-lain

# Kerapkan mandi
# Mandi dengan limau
# Banyakkan makan limau
@ Korang tahu tak malaikat suka orang yang wangi..?

Bersambung.....****************************

Friday 13 March 2015

Kelebihan Al-Mathurat

Assalamualaikum.....
Tahu kan Al-Mathurat ni apa? Hmm..Siapa yang tak tahu...Al mathurat ni sebenarnya wirid, doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW..Al mathurat boleh dibaca bila2 masa...Banyak kelebihan kalau kte baca Al mathurat....Antaranya!

  • Tidak dihampiri syaitan
  • Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
  • Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
  • Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
  • Selamat dari segala sesuatu.
  • Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
  • Allah berhak untuk meredhainya
  • Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
  • Terhindar daripada syirik.
  • Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
  • Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
  • Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
  •  Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
  • Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
So,,jomlah start baca esok....kalau nak senang, korang terus baca lepas solat asar...Baca Al mathurat sekejap je sebenarnya...dalam lima minit gituh..hehe :) Try lah... nanti korang rasa perubahan yg berlaku kat diri korang...Kalau kat telefon android pon boleh download... Buat benda ni istiqamah n ikhlas taw! Insyaallah banyak pahala yg korang dapat...

Image result for al mathurat

Till then.. Assalamualaikum...

Pepatah Arab yg Best

Assalamualaikum...
Yeay! Seronoknya cuti dapat balik rumah!! semalam baru balik dari asrama...Rindunya... hari ni just nak kongsi pepatah Arab yg boleh kita jadikan sebagai cogan diri..haha :)



ﻣَﻦْ ﺳَﺎﺭَ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺪَّﺭْﺏِ ﻭَﺻَﻞَ-1 

 Siapa berjalan di atas landasan maka akan sampai.


 ﻣَﻦْ ﺟَﺪَّ ﻭَﺟَﺪَ-2 

 Siapa bersungguh-sungguh dia akan mendapat apa yang diingini.


 ﻣَﻦْ ﺻَﺒَﺮَ ﻇَﻔِﺮَ - 3 

Siapa yang sabar dia beruntung.


 ﻣَﻦْ ﻗَﻞَّ ﺻِﺪْﻗُﻪُ ﻗَﻞَّ ﺻَﺪِﻳْﻘُﻪُ - 4 

Siapa sedikit kejujurannya, sedikit temannya.

 ﺟَﺎﻟِﺲْ ﺃَﻫْﻞَ ﺍﻟﺼِّﺪْﻕِ ﻭَﺍﻟﻮَﻓَﺎﺀِ - 5 

Gaulilah orang yang mempunyai kejujuran dan tepat janji.

 ﻣَﻮَﺩَّﺓُ ﺍﻟﺼَّﺪِﻳْﻖِ ﺗَﻈْﻬَﺮُ ﻭَﻗْﺖَ ﺍﻟﻀِّﻴْﻖِ - 6 

 Cinta pada teman itu, dapat dilihat pada waktu kesempitan.


 ﻭَﻣَﺎﺍﻟﻠَّﺬَّﺓُ ﺇِﻻَّ ﺑَﻌْﺪَ ﺍﻟﺘَّﻌَﺐِ - 7 

 Tidak ada kenikmatan kecuali setelah kepayahan.

 ﺍﻟﺼَّﺒْﺮُ ﻳُﻌِﻴْﻦُ ﻋَﻠﻰَ ﻛُﻞِّ ﻋَﻤَﻞٍ - 8 

 Kesabaran itu menolong setiap pekerjaan.

 ﺟَﺮِّﺏْ ﻭَﻻَﺣِﻆْ ﺗَﻜُﻦْ ﻋَﺎﺭِﻓًﺎ - 9

Cuba dan perhatikanlah, nescaya kamu akan menjadi orang berilmu.


 ﺍُﻃْﻠُﺐِ ﺍﻟﻌِﻠْﻢَ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻤَﻬْﺪِ ﺇِﻟﻰَ ﺍﻟﻠَّﺤْﺪِ -  10

 Tuntutlah ilmu sejak dari buaian hingga liang lahad.


 ﺑَﻴْﻀَﺔُ ﺍﻟﻴَﻮْﻡِ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺩَﺟَﺎﺟَﺔِ ﺍﻟﻐَﺪِ - 11 

 Telur hari ini lebih baik daripada ayam esok hari.


 ﺍﻟﻮَﻗْﺖُ ﺃَﺛْﻤَﻦُ ﻣِﻦَ ﺍﻟﺬَّﻫَﺐِ - 12 

Waktu itu lebih tajam daripada emas.


 ﺍﻟﻌَﻘْﻞُ ﺍﻟﺴَّﻠِﻴْﻢُ ﻓﻲِ ﺍﻟﺠِﺴِْﻢ ﺍﻟﺴَّﻠِﻴْﻢِ - 13 

 Akal yang sihat itu ada pada badan yang sihat.


 ﺧَﻴْﺮُ ﺟَﻠِﻴْﺲٍ ﻓﻲِ ﺍﻟﺰَّﻣَﺎﻥِ ﻛِﺘَﺎﺏٌ - 14 

 Sebaik-baik teman di setiap waktu adalah buku.


 ﻣَﻦْ ﻳَﺰْﺭَﻉْ ﻳَﺤْﺼُﺪْ - 15 

 Siapa menanam, dia akan menuai.


 ﺧَﻴْﺮُ ﺍﻷَﺻْﺤَﺎﺏِ ﻣَﻦْ ﻳَﺪُﻟُّﻚَ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺨَﻴْﺮِ - 16 

Sebaik-baik sahabat adalah menunjukkan kepadakebaikan.


 ﻟَﻮْﻻَ ﺍﻟﻌِﻠْﻢُ ﻟَﻜَﺎﻥَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱُ ﻛَﺎْﻟﺒَﻬَﺎﺋِﻢِ - 17 

Seandainya tidak ada ilmu nescaya manusia itu seperti binatang.


 ﺍﻟﻌِﻠْﻢُ ﻓﻲِ ﺍﻟﺼِّﻐَﺮِ ﻛَﺎﻟﻨَّﻘْﺶِ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺤَﺠَﺮِ - 18 

 Ilmu di waktu kecil itu, laksana ukiran di atas batu.


 ﻟَﻦْ ﺗَﺮْﺟِﻊَ ﺍﻷَﻳﺎَّﻡُ ﺍﻟَّﺘﻲِ ﻣَﻀَﺖْ - 19 

 Hari-hari yang telah berlalu itu tidak akan kembali.


 ﺗَﻌَﻠَّﻤَﻦْ ﺻَﻐِﻴْﺮًﺍ ﻭَﺍﻋْﻤَﻞْ ﺑِﻪِ ﻛَﺒِﻴْﺮًﺍ - 20 

 Belajarlah di waktu kecil dan amalkanlah di waktu besar.


 ﺍﻟﻌِﻠْﻢُ ﺑِﻼَ ﻋَﻤَﻞٍ ﻛَﺎﻟﺸَّﺠَﺮِ ﺑِﻼَ ﺛَﻤَﺮٍ - 21 

 Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah.
 ﺍﻻﺗِّﺤَﺎﺩُ ﺃَﺳَﺎﺱُ ﺍﻟﻨَّﺠَﺎﺡِ - 22 

Persatuan itu pangkal keberhasilan.


 ﻻَ ﺗَﺤْﺘَﻘِﺮْ ﻣِﺴْﻜِﻴْﻨًﺎ ﻭَﻛُﻦْ ﻟَﻪُ ﻣُﻌِﻴْﻨﺎً - 23 

 Jangan menghina orang miskin tetapi jadilah penolong baginya.


 ﺍﻟﺸَّﺮَﻑُ ﺑِﺎﻷَﺩَﺏِ ﻻَ ﺑِﺎﻟﻨَّﺴَﺐِ - 24 

 Kemuliaan itu kerana kebaikan budi pekerti bukan keturunan.


 ﺳَﻼَﻣَﺔُ ﺍﻹِﻧْﺴَﺎﻥِ ﻓﻲِ ﺣِﻔْﻆِ ﺍﻟﻠِّﺴَان - 25 

 Keselamatan manusia itu adalah menjaga lidah.


 ﺁﺩَﺍﺏُ ﺍﻟﻤَﺮْﺀِ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺫَﻫَﺒِﻪِ - 26 

Kebaikan budi pekerti seseorang itu lebih baik dari pada emasnya.


Ok! Till then! Assalamualaikum...